Mengenai kami

Visi Syarikat

Menghasilkan produk yang bermutu tinggi, berkualiti serta mengikut piawaiaan-piawaian yang ditetapkan. Menjadi syarikat pengeluar makanan berasaskan labu yang menjadi pilihan pengguna dengan penumpuan kearah menghasilkan produk yang berkualiti dan memenuhi citarasa pengguna. 

Misi Syarikat

Mengeluarkan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi serta mampu untuk berdaya saing. Menjadi sebuah syarikat yang memenuhi kehendak pelanggan dengan menghasilkan produk yang berkualiti dan terjamin kebersihannya dari segi penyediaan, pembungkusan dan pemasarannya. Membawa produk keluaran syarikat ke pasaran antarabangsa. Membina hubungan yang baik dengan pembekal, pemborong, peruncit dan pelanggan.


Objektif Syarikat

Memastikan produk syarikat sentiasa berkualiti serta mengikut piawaian yang ditetapkan oleh sesebuah negara. Menetapkan harga produk yang berpatutan berdasarkan kos perbelanjaan yang dibelanjakan. Dapat memenuhi permintaan serta kepuasan pelanggan. Menjadi pengeluar makanan yang maju dan berwawasan. Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan bagi industri makanan ringan. 

Matlamat Syarikat

Untuk memastikan syarikat bertaraf dunia dengan mempunyai kakitangan yang sentiasa mengutamakan kecemerlangan. Ia menggalakkan kewujudan pelbagai jenis etnik dan jantina di setiap peringkat operasi dan menggalakkan inovasi.

Moto Syarikat

     Fresh (Segar)
Ø  Syarikat kami sentiasa membekalkan makanan yang segar dan baru. Makanan kami akan diproses setiap hari dan diperiksa kualitinya oleh yang pakar supaya tidak ada sebarang masalah yang akan terjadi.

2.      Friendly ( Peramah)
Ø  Syarikat kami memberi perkhidmatan mesra pelanggan kepada para pelanggan kami. Kami sangat memberi keutamaan kepada pelanggan kami untuk membuat pilihan mengikut citarasa mereka.

3.      Fast (Pantas)
Ø  Syarikat kami menjalankan perkhidmatan yang pantas iaitu menghantar makanan kepada pelanggan dengan cepat mengikut masa yang dianggarkan. Ini membuat syarikat kami mendapat kepercayaan lebih kepada pelanggan. 
Penghantaran Produk

Kawasan Penghantaran Produk



Kenderaan Penghantaran Produk