Cara Pembuatan Produk


PAU
Bahan-bahan ( 15 biji )

    * --Doh--
    * 500 gm tepung gandum
    * 1 1/2 sudu teh yis
    * 1/2 cawan gula pasir
    * 1/4 cawan minyak jagung
    * 1 1/4 cawan air suam
    * --Inti--
    * 2 genggam kacang hitam / merah
    * 6 sudu gula pasir
    * sedikit minyak

Cara-cara
   1. Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
   2. Larutkan gula dengan air suam.
   3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
   4. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
   5. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
   6. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.

Gambarajah 1:
Proses ini menunjukkan proses untuk membuat adunan ataupun doh untuk  membuat pau. Setiap bahan telah di timbang seperti yang telah ditetapkan.
                               
Gambarajah 2:
Gambarajah ini menunjukkan mesin memproses meratakan adunan dimana adunan yang telah siap di adun rata akan melalui proses menggelek adunan bagi membuang angin serta meratakan adunan.
Gambarajah 3:
Bagi gambarajah ini pula adalah mesin  memproses mencetak adunan doh yang telah di gelek ataupun diratakan.
Gambarajah 4:
Gambarajah ini adalah doh yang telah siap dicetak. Tujuan mencetak ini adalah menyamakan saiz adunan serta  memudahkan proses memasukkan inti ke dalam doh yang telah siap dicetak.
                                                                                       Gambarajah 5:
Dalam gambarajah ini juga para pekerja sedang melakukan proses memasukkan inti  yang telah ditimbang mengikut gram yang telah ditetapkan.
                                                                              Gambarajah 6 :
Gambarajah ini menunjukkan pau yang telah siap diproses.

SAMOSA
•           Kulit popia saiz besar secukupnya
•           Minyak untuk menggoreng
•           *** BAHAN INTI ***
•           1 cawan daging kisar
•           500g ubi kentang-potong dadu
•           1 labu bawang besar-potong dadu
•           2 ulas bawang putih-cincang
•           1 sudu besar rempah kari
•           garam secukupnya
•           gula secukupnya
•           1 tangkai daun kari (optional)
•           sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
1.         ***Menyediakan Inti: ***
2.         Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi .
3.         Masukkan rempah kari biar sehingga garing .
4.         Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
5.         Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air .
6.         Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. 
             *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dahulu atau 2/3 masak.
7.         Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping) .
8.         Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga.    
            Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau putih telur. Buat sampai habis
9.         Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.
Gambarajah 1:
Gambarajah diatas menunjukkan proses melipat kulit popia menjadi segitiga untuk membuat samosa.

Gambarajah 2:
Gambarajah di atas menunjukkan proses memasukkan inti kedalam kulit popia yang telah siap dilipat.

 Gambarajah 3:
Proses ini menunjukkan memberikan sapuan menggunakan air ataupun putih telur bagi melekatkan bahagian hujung pada kulit popia, supaya inti tidak terkeluar.
Gambarajah 4:
Gambarajah diatas menunjukkan pembikinan sedang meratakan bahagian hujung pada kulit samosa bagi melekatkan lebihan pada kulit samosa.


 Gambarajah 5:
Menyusun atur samosa yang telah siap diproses dan memasukkan kedalam frozen.